Pages

Thursday, January 19, 2012

Hope and Faith - Bab 2

“Tak apa ke kami tinggalkan cik muda sekarang?” soal Salmi.
“Mak cik… Jangan panggil saya cik muda. Mak cik hantar saya ke sini sebagai keluarga saya. Keluarga tak panggil sesiapa dengan panggilan cik muda. Lagipun, daddy tak ada dekat sini. Panggil je Elli.”
“Hah, Salmi… Dengar cakap si Elli ni… Lagipun abang pun dah anggap Elli ni anak abang…” sampuk Johari, suami Salmi.
“Ala, bang… Salmi dah terbiasa panggil dia cik muda dekat rumah. Sebab tu selalu tersasul… Abang takpelah, sebab abang driver Elli ni. Bukan Datuk Fauzi dengar pun kalau abang selalu panggil Elli dengan nama je. Tak macam saya, dekat rumah je…”
Elliyin hanya tersenyum melihat telatah Salmi dan Johari.
Sebaik sahaja minggu MMS tamat, Elliyin terus berpindah keluar dari asrama. Elliyin ni anti social, jadi dia tak mungkin dapat duduk sebilik dengan 3 lagi kaum hawa yang hanya tahu cakap blakang, tikam belakang, talam 8 bulan dan hipokrit.
“Huh, walaupun aku tak suka dekat bini baru bapak aku tu, tapi aku still boleh gunakan dia untuk buatkan aku tak payah, stay dekat hostel tu…. Betullah teori aku selama ni, walaupun tak suka kat sesiapa, tapi kalau boleh gunakan orang tu, gunakan dia sebaik mungkin… Hal peribadi tak boleh campur dengan hal… err… hal apa-apa sajalah….” Bebel Elliyin seorang diri dekat apartmen barunya.
HARI PERTAMA KELAS…
            Dengan memakai baju kebaya labuh berwarna hijau, dan cekak rambut berwarna putih kosong, juga tak dilupakan beg galas berwarna biru jenama Timbaland dan yang paling penting, headphone yang setia melekap di telinga, Elliyin melangkah masuk ke dalam kelas. Satu kelas memandang ke arah dia.
            Elliyin buat tak nampak dan terus melangkah masuk ke dalam kelas dan duduk di kerusi yang jauh dari mana-mana pelajar perempuan.
            “Tulah budak bilik aku yang tetiba keluar bilik lepas habis MMS. Aku ingat dia dah berambus balik. Dah lah tak bertegur langsung dengan sesiapa... Sombong tak memasal...”
            Elliyin dapat mendengar suara-suara yang berbisik mengumpat pasal dia. Elliyin menghentak meja.
            “Tak puas hati kat sesiapa, cakap sajalah. Tak payah buat dosa dok mengumpat. Panas kot kelas ni sebab jadi tempat pengumpulan dosa.”
            Semua memandang Elliyin dengan muka tak puas hati. Tak lama kemudian, sekumpulan budak lelaki memasuki kelas. Seorang budak perempuan datang menghampiri Elliyin.
            “Apa kata duduk dengan kamiorang. Sini tempat duduk budak lelaki.”
            Elliyin menongkat dagu memandang budak perempuan tu. Kad matrik sementara dia menunjukkan dia bernama Putrie Lea Jasmine.
            “Aku tak nampak nama sesiapa dekat sini dan aku tak nak duduk dengan korang,” Elliyin terus menaikkan volume iPod dia dan mereka yang dekat dengan dia dapat mendengar lagu ‘Haunted’ dari Evanescence dari headphone Elliyin.
            Kemudian pensyarah pula masuk dan Lea duduk di tempat dia semula. Seorang budak lelaki menarik kerusi di sebelahnya. Jantung Elliyin terus berdegup rancak. Bukan sebab dia suka kat lelaki kat sebelah dia, malah Elliyin tak tahu pun siapa duduk sebelah dia. Sebab dia jadi macam tu... Sebab Elliyin takutkan lelaki!!!! Dulupun si Kamarul tu jadi teman lelaki dia sebab Sheila yang menyatukan mereka berdua.
            Aku... Aku patut letak beg aku dekat kerusi sebelah aku ni...
          Sebaik saja kelas tamat, Elliyin terus berlari keluar kelas. Sepasang mata di sebalik kaca mata hanya memandang dia. Disebabkan hari ini hanya ada satu kelas sahaja dan Elliyin ada aktiviti kokurikulum petang nanti, Elliyin terus memecut kereta Lamborghini Diablo SV milik arwah abangnya pulang ke rumah. Kereta Lotus 150 miliknya ditinggalkan di rumahnya di Johor.
            “Wei, Sky! Kau tengok apa tu? Jomlah lepak pergi makan.”
       Sky memandang rakannya, Joe yang dah buat muka kelaparan. Hish! Mamat ni memanglah. Dari sekolah menengah lagi kuat makan.
            “Wei, sekarang baru pukul 10. Bukan tadi sebelum masuk kelas kau dah baham Zinger Tower Burger yang aku tapau untuk kau ke?”
            “Ala, perut aku lapar baliklah. Jom ar teman aku makan...”
            “Malas, aku nak balik rumah.”
       Sky dan Joe adalah pelajar part 2 semester ni tapi sekarang ni mereka terpaksa mengulang satu subjek sebab ada kes kecemasan yang berlaku semasa paper akhir untuk subjek yang mereka berdua ulang sekarang, dan mereka tak mengambil langsung paper tersebut pada hari itu...
         Ianya disebabkan ayah Joe meninggal dunia pada hari tersebut dan Sky yang menghantar Joe balik ke rumahnya di Perlis pada hari peperiksaan mereka. Nasib baik mereka sudah menjelaskan pada unit peperiksaan, dan ianya tidak beri effect pada CGPA mereka berdua.
            “Weh!!!!” Joe meletakkan tangannya di atas bahu Sky.
            “Pehal kau pandang minah headphone tu semacam je?” soal Joe.
            “Minah headphone ne?”
          “Saphuan Khairil Yusouff.... Kau jangan buat-buat tak tahu pula ye? Minah headphone yang pakai baju kebaya hijau, yang duduk sebelah kau tadi...”
            Sky memandang rakannya yang dikenali sejak di sekolah Alam Shah dulu.
            “Sibuklah kau Joe. Aku tak pandang dialah. Aku berangan je tadi.”
            “Yeke? Well, pelik ni. Sky yang terkenal dengan sikap fobia pada perempuan... Duduk di sebelah seorang perempuan. Lepas tu tenung semacam kat perempuan tu. Ada apa-apa ke dude?”
            Sky berdehem dan menurunkan lengan kawannya yang berada atas bahunya dan terus berjalan ke motor Kawasaki ER-6F miliknya lalu segera menghidupkan enjin motosikalnya dan terus memecut keluar dari kawasan kampus UiTM Shah Alam.
            “E’eleh mamat ni. Nak berahsia pula dengan aku. Okey, tengoklah berapa lama kau nak berahsia dengan aku.”

0 comments:

Post a Comment