Pages

Saturday, October 4, 2014

The one i've fallen to

Kalaulah dia x muncul time tu... pada masa yg tepat...
Mesti aku da 'jatuh ke dlm gaung kesedihan yg pling dlm' and pehal aku guna ayat gile jiwang ni?

Tp seriously... betul apa aku ckp.. mungkin aku bagi peluang dekat dia pasal dia muncul pada masa dan tempat yg tepat.. lantakla.. pasal untuk jatuh cinta... ada byak sebb yg leh buat kita jatuh cinta pada seseorang.

For me, he my savior... someone who make me feel alive again... wash away all my pain... and bring back my smile.. someone that i want hold on to.. someone that make me dare to dream of the future... someone... that i give permission to ruin me.. erk.. i mean.. i dont know...

With him, i lose control of my heart beat and my mind... And seriously it annoying me.. I never let myself lose to any guy.. I always make sure that i have compete control of myself... so, if the guy leave me.. i still can stand up by myself...

But with him... for the first time of my life... i lose control of everything.. my heart, my mind, my breath and my everything (teringat lagu my everything).. Seriously.. i was taken away by a person that younger than me... -benam kepala dlm tanah-

Yeah, mmg aku pernah bercinta byk kali sebelm ni... tp this is first time i completely fell in love with  a guy... Someone that manage make me forgot bout my pain and my past... and for the first time i want him just to myself... no sharing sharing... me terajang if ada perempuan nak pikat dia... He mine!

Seriously... sebelum ni aku x peduli pun if my BF nak msj me ke, nak jumpa ke, pasal aku independent and mostly all my previous BF belajar luar negara... so nak tak nak aku kena independent and selalu x contact... but with this one is different.. aku rasa macam nak menyewa jer sebelah uma dia.... leh masakkan utk dia ^^.. and why think what i wanna do make me like a stalker...

Urghh!!!! nampaknyer.. kali ini.. aku btl2 da termakan sumpahan sendiri.. xkan jatuh cinta kat mamat muka melayu (jap dia tu muka bangla... hahaha-piaked-) and takkan completely fall in love with anybody,... arghh!!!!!!  tak adil!!! benci benci benci!!!!!

Anyway... aku x tau dia ingt lg ke x... but this one... me screen shot dr blog dia... hahahah
My Beloved dream date when he teenager..(2 years ago kot)
 I think this is very interesting ^^...  I wanna do this with him... this is what i thought:

1. Panjat pokok - my fav.. tp dia reti ke panjat?? hahaha
2. ermmmm... ajak g Border pun k gak...
3. Adventure apa yer??? if ikki dgn me... and if we dok dekat2... mmg kena heret la dgn aku
4. Hahahahaha... da lama x buat.. dulu selalu buat masa kecil2
5. Buat cerita fiction sesama quite nice... tp gaduh jer kang -.-
6. Erkk.. Let juz skip this part
7. Prank?? Rasanyer da selalu buat
8. Pernah buat dgn kawan ppuan... dgn BF x pernah lg
9. Ermmm... Leh kot... tp gamble jer la
10. Kidnap him and go to any city... I prefer Malacca
11. Erkkkk!!! Tak nak!!!! Masa kecil da selalu buat... too scary my kokoro cant take it...

Friday, May 30, 2014

I fell in Love....but....

Aku jatuh cinta lg... lepas masa yg lm aku ambil untuk pulih (sbnrnyer belum pulih pun lg), aku tersuka kat sorang mamat cosplay ni... ermmm
Aku jumpa dia ms Animax... sebnrnyer dia yg jmpa aku.. tp aku terlebih excited jumpa kawan dia... jd dia aku buat tak peduli(tiap kali pk pasal ni msti aku nak menjerit jer... aiyok!!! Sorry... gomene). Al maklumla time tu aku fansgirling kat kawan dia ni... hahahaha..... bez kakashi cosplayer kot.... sape x minat... 
Pastu dia add aku kat fb... so buat bodo jer la... biasala add kawn kat fb after any cosplay event... then rs mcm kenl jer watk dlm gmbr dia post kat wall aku tu(tanda perkenaln la)... yorla... wtk dr kamen rider den-o... satu2 nyer cite kamen rider aku suka... pergh!!! terbaik gak... hahahaha
Then dia pm kat fb tu... malu2 gitu... hahahaha... urmmmmm... uhuk2...
PM... PM... then wechat...wechat...skyping... bagaila... urmmmm....
Before aku teruskan cerita... aku... pernah cakap... and dengan berlagaknyer berkata... TAK AKAN... TAK AKAN... jatuh cinta pada lelaki yg bermuka melayu hbs.... hahahaha... mamat ni muka melayu tau... x jambu langsung... erkkkk!!!! janganla dia jumpa blog ni lak... mampos aku.....
Tapi entah macam mana aku leh TER-SUKA kat dia lak... tak leh blah... aku sedar aku tersuka kat dia pasal... 1 ari dia stop mesej aku... stop contact la... meroyan terus aku... erk!! alamak!!!! rindu la bagai...
Urmmm... Disebabkan dia ni lembab(bukan nak kutuk yer) dengan blur bagai... so... terpaksalah aku jd agresif padahal aku ni Tsundere(ego bagai)... So... aku ckp la aku suka kat dia... tp indirect la... hhahahaha... ego tetp kena jg... urmmmmm
Aku mnta dia ckp kat lelaki aku suka, yg aku suka kat lelaki tu... then aku bg link fb dia... then... aku pun xtaula... kitorg ni couple ke x... tp macam tu la... aku ni pasal fobia dgn laki n relationship, xbrani tanya lbh2... pastu lelm makin SAYANG lak kat dia... urghhhh... 
Tapi... da dekat 3 minggu gak kitorg da jarang contact.. pas aku confess tu... masih lg active contact.. skrg...
Last ms aku ckp aku nak bg origami bintang kat lelaki aku suka... pastu aku bg gmbr origami bintg tu kat wechat dia... urmmmmmm... then dia x contact2 aku da... senyap menyepi xtau nape.. aku lak yg meroyan....
Aku suka dia, aku da start syg kat dia... dan aku tau aku rindukan dia sesgt... mungkin aku da mula jatuh cnta kat dia... tp dia.... urmmmmm.... aku xletakkan apa2 syarat apabila menyukai dia.. dan aku menyukai dia sebab SUKA... tanpa ada sebb lain... perasaan aku lahir semula... dia mungkin xtau.. betapa hati aku ni da hancur.. da xde apa kat dalam tu... then dia muncul... dan utk kesekian kalinya aku dpt rskan sesuatu dlm hati aku... aku da boleh tersenyum semula......
Mungkin dia xkan tau.. dia da lahirkan semula hati aku ni dengan izin Allah.
E LOVE M

Sunday, March 18, 2012

Yui - Life (eng sub)

In the familiar, dirty city

We walked with our heads down, 

Unable to laugh in the same way
People hurry pass
"Has your dream come true?"
I'm still struggling



I'd rather try living well now than go back to when

I was a kid
Cowardice is being born



I went out to a place where the sun shine

And held out my arms
And thought
Could I cross the sky? 
I still can't see any wings to fly with
It's because it's not simple
That I can go on living



Just picking up a wet puppy

Made tears overflow
In a way that was funny

I want to be loved, I just want to be loved
I said, 
But you can't just long for something



When I was a kid there were days

When I hurt my mother terribly
I want to
Change everything now



I went out to a place where the sun shine and

Gripped tightly with my hands
I can smash that place, that time, 
And change my life



But there's no way I can tell you

Everything that's in my heart
It's because it's not simple
That I can go on living



I go out to a place where the sun shines

And open up a map, but
I know... you know... 
You can't help getting lost
I can change my life



All the days that have passed

Have made me who I am now
It's because it's not simple that
I can go on living


Thursday, January 19, 2012

Hope and Faith - Bab 2

“Tak apa ke kami tinggalkan cik muda sekarang?” soal Salmi.
“Mak cik… Jangan panggil saya cik muda. Mak cik hantar saya ke sini sebagai keluarga saya. Keluarga tak panggil sesiapa dengan panggilan cik muda. Lagipun, daddy tak ada dekat sini. Panggil je Elli.”
“Hah, Salmi… Dengar cakap si Elli ni… Lagipun abang pun dah anggap Elli ni anak abang…” sampuk Johari, suami Salmi.
“Ala, bang… Salmi dah terbiasa panggil dia cik muda dekat rumah. Sebab tu selalu tersasul… Abang takpelah, sebab abang driver Elli ni. Bukan Datuk Fauzi dengar pun kalau abang selalu panggil Elli dengan nama je. Tak macam saya, dekat rumah je…”
Elliyin hanya tersenyum melihat telatah Salmi dan Johari.
Sebaik sahaja minggu MMS tamat, Elliyin terus berpindah keluar dari asrama. Elliyin ni anti social, jadi dia tak mungkin dapat duduk sebilik dengan 3 lagi kaum hawa yang hanya tahu cakap blakang, tikam belakang, talam 8 bulan dan hipokrit.
“Huh, walaupun aku tak suka dekat bini baru bapak aku tu, tapi aku still boleh gunakan dia untuk buatkan aku tak payah, stay dekat hostel tu…. Betullah teori aku selama ni, walaupun tak suka kat sesiapa, tapi kalau boleh gunakan orang tu, gunakan dia sebaik mungkin… Hal peribadi tak boleh campur dengan hal… err… hal apa-apa sajalah….” Bebel Elliyin seorang diri dekat apartmen barunya.
HARI PERTAMA KELAS…
            Dengan memakai baju kebaya labuh berwarna hijau, dan cekak rambut berwarna putih kosong, juga tak dilupakan beg galas berwarna biru jenama Timbaland dan yang paling penting, headphone yang setia melekap di telinga, Elliyin melangkah masuk ke dalam kelas. Satu kelas memandang ke arah dia.
            Elliyin buat tak nampak dan terus melangkah masuk ke dalam kelas dan duduk di kerusi yang jauh dari mana-mana pelajar perempuan.
            “Tulah budak bilik aku yang tetiba keluar bilik lepas habis MMS. Aku ingat dia dah berambus balik. Dah lah tak bertegur langsung dengan sesiapa... Sombong tak memasal...”
            Elliyin dapat mendengar suara-suara yang berbisik mengumpat pasal dia. Elliyin menghentak meja.
            “Tak puas hati kat sesiapa, cakap sajalah. Tak payah buat dosa dok mengumpat. Panas kot kelas ni sebab jadi tempat pengumpulan dosa.”
            Semua memandang Elliyin dengan muka tak puas hati. Tak lama kemudian, sekumpulan budak lelaki memasuki kelas. Seorang budak perempuan datang menghampiri Elliyin.
            “Apa kata duduk dengan kamiorang. Sini tempat duduk budak lelaki.”
            Elliyin menongkat dagu memandang budak perempuan tu. Kad matrik sementara dia menunjukkan dia bernama Putrie Lea Jasmine.
            “Aku tak nampak nama sesiapa dekat sini dan aku tak nak duduk dengan korang,” Elliyin terus menaikkan volume iPod dia dan mereka yang dekat dengan dia dapat mendengar lagu ‘Haunted’ dari Evanescence dari headphone Elliyin.
            Kemudian pensyarah pula masuk dan Lea duduk di tempat dia semula. Seorang budak lelaki menarik kerusi di sebelahnya. Jantung Elliyin terus berdegup rancak. Bukan sebab dia suka kat lelaki kat sebelah dia, malah Elliyin tak tahu pun siapa duduk sebelah dia. Sebab dia jadi macam tu... Sebab Elliyin takutkan lelaki!!!! Dulupun si Kamarul tu jadi teman lelaki dia sebab Sheila yang menyatukan mereka berdua.
            Aku... Aku patut letak beg aku dekat kerusi sebelah aku ni...
          Sebaik saja kelas tamat, Elliyin terus berlari keluar kelas. Sepasang mata di sebalik kaca mata hanya memandang dia. Disebabkan hari ini hanya ada satu kelas sahaja dan Elliyin ada aktiviti kokurikulum petang nanti, Elliyin terus memecut kereta Lamborghini Diablo SV milik arwah abangnya pulang ke rumah. Kereta Lotus 150 miliknya ditinggalkan di rumahnya di Johor.
            “Wei, Sky! Kau tengok apa tu? Jomlah lepak pergi makan.”
       Sky memandang rakannya, Joe yang dah buat muka kelaparan. Hish! Mamat ni memanglah. Dari sekolah menengah lagi kuat makan.
            “Wei, sekarang baru pukul 10. Bukan tadi sebelum masuk kelas kau dah baham Zinger Tower Burger yang aku tapau untuk kau ke?”
            “Ala, perut aku lapar baliklah. Jom ar teman aku makan...”
            “Malas, aku nak balik rumah.”
       Sky dan Joe adalah pelajar part 2 semester ni tapi sekarang ni mereka terpaksa mengulang satu subjek sebab ada kes kecemasan yang berlaku semasa paper akhir untuk subjek yang mereka berdua ulang sekarang, dan mereka tak mengambil langsung paper tersebut pada hari itu...
         Ianya disebabkan ayah Joe meninggal dunia pada hari tersebut dan Sky yang menghantar Joe balik ke rumahnya di Perlis pada hari peperiksaan mereka. Nasib baik mereka sudah menjelaskan pada unit peperiksaan, dan ianya tidak beri effect pada CGPA mereka berdua.
            “Weh!!!!” Joe meletakkan tangannya di atas bahu Sky.
            “Pehal kau pandang minah headphone tu semacam je?” soal Joe.
            “Minah headphone ne?”
          “Saphuan Khairil Yusouff.... Kau jangan buat-buat tak tahu pula ye? Minah headphone yang pakai baju kebaya hijau, yang duduk sebelah kau tadi...”
            Sky memandang rakannya yang dikenali sejak di sekolah Alam Shah dulu.
            “Sibuklah kau Joe. Aku tak pandang dialah. Aku berangan je tadi.”
            “Yeke? Well, pelik ni. Sky yang terkenal dengan sikap fobia pada perempuan... Duduk di sebelah seorang perempuan. Lepas tu tenung semacam kat perempuan tu. Ada apa-apa ke dude?”
            Sky berdehem dan menurunkan lengan kawannya yang berada atas bahunya dan terus berjalan ke motor Kawasaki ER-6F miliknya lalu segera menghidupkan enjin motosikalnya dan terus memecut keluar dari kawasan kampus UiTM Shah Alam.
            “E’eleh mamat ni. Nak berahsia pula dengan aku. Okey, tengoklah berapa lama kau nak berahsia dengan aku.”

Monday, January 16, 2012

Hope and Faith - Bab 1

             Aku dekat mana ni?
            Elliyin memandang sekelilingnya. Di depan matanya ada sebuah padang yang luas. Angin petang yang bertiup agak kencang amat menyenangkan hati Elliyin. Dia sangat menggemari angin petang yang begini.
            Kelihatan sepasang kanak-kanak sedang bermain layang-layang dengan gembiranya.
            “Ceh, apa yang gembira sangat tu?” Elliyin mencebik.
           Sememangnya dia tak menyukai kanak-kanak. Mereka hanya tahu buat bising, menangis dan ketawa sesuka hati. Sangat melecehkan dan merimaskan. Layang-layang yang kanak-kanak tersebut bermain jatuh di hadapan Elliyin. Elliyin mengambil layang-layang tersebut dan matanya terbeliak.
            Di atas layang-layang itu ada tertulis nama ‘Izwan dan Elliyin’. Elliyin tergamam dan segera memandang kedua-dua kanak-kanak tadi yang sudah berada di hadapannya. Elliyin bertambah terkejut melihat wajah kedua-dua kanak-kanak tersebut.
            “Kak, boleh pulangkan layang-layang kami?” minta budak lelaki tersebut.
     Elliyin menyerah layang-layang tersebut kepada mereka berdua. Mereka berdua mengucapkan terima kasih dan tersenyum girang.
            “Abang, kali ni Elli pula ye terbangkan layang-layang ni?!”
            “Okey! Bagi naik tinggi ye Elli?”
        Elliyin hanya memerhatikan ‘dirinya’ dan ‘diri Izwan’ ketika kecil yang sedang ketawa dengan gembira.
            “Apa makna semua ni? Aku kat mana sebenarnya ni?”
            “Bila agaknya abang boleh lihat lagi senyuman Elli yang macam itu.”
            Elliyin memandang belah kanannya. Izwan sedang berdiri di situ sambil memandang ke arah diri mereka berdua ketika kecil.
            “Abang!!!!” Elliyin segera memeluk abangnya.
            Izwan membalas pelukan adiknya, tapi kemudian dia menjarakkan pelukan mereka tapi kali ini kedua-dua tangannya memegang wajah adiknya.

            “Abang… bawa Elli bersama abang… Elli tak boleh hidup tanpa abang… Elli tak dapat tahan…”
            Izwan mengesat air mata adiknya sambil menggelengkan kepalanya.
          “Abang tak boleh bawa Elli… Tapi abang tak nak Elli jadi macam ni. Elli kena tabah, demi abang… Abang nak Elli teruskan hidup demi masa depan… Abang pernah cakapkan, pasti ada masa depan yang bahagia untuk Elli…”
            “Abang… Abanglah masa depan Elli! Kebahagian Elli!”
         “Abang dah tak boleh temani Elli lagi, tapi Elli kena selalu ingat, abang sentiasa sayangkan Elli dan abang tak nak Elli terseksa macam ni. Suatu hari nanti, pasti akan muncul seseorang yang akan bahagiakan Elli dan dia akan jadi masa depan Elli. Orang tu pasti dapat buatkan Elli tersenyum semula seperti masa dulu…”
           “Tak nak… Elli hanya nak abang… Abang bawalah Elli bersama abang…” Elliyin semakin kuat menangis.
            Izwan hanya diam memandang wajah Elli yang sudah sembab sebab banyak menangis. Perlahan-lahan Izwan melepas tangannya dari wajah Elli dan semakin menjauhi Elli.
            “Abang? Abang!!! Jangan tinggalkan Elli seorang diri!!!!”
            Izwan terus menjauh dan menghilang perlahan-lahan dari pandangan mata Elliyin.
Elliyin membuka matanya… Sekarang pandangan matanya tertumpu pada konkrit berwarna putih. Elliyin dapat merasakan air matanya deras mengalir dan tangannya memegang sesuatu yang hangat. Elliyin memandang tangannya yang sedang memegang tangan seseorang. Elliyin pantas memandang wajah tuan tangan yang dipegangnya.
Seorang lelaki yang mempunyai anak mata berwarna biru dan memakai kaca mata sedang memandangnya dan dia macam nak cakap sesuatu. Elliyin cepat-cepat melepaskan genggaman tangannya. Dia menunduk…
“Cik… Tak apa-apa kan?” soal lelaki itu.
Elliyin hanya menggelengkan kepala.
“Well, cik dah boleh keluar dari wad ni sebab cik dah sedar. Nak saya hantarkan cik balik?”
“No, I just take my car…”
“Tapi kereta cik masih dekat tepi jalan. Saya bawa cik ke sini dengan kereta saya. Nak saya telefon trak tunda ke?”
“It okey… I just call my driver…”
Lelaki itu menghulurkan telefon bimbitnya.
“Just use my phone. I’m think your belonging is still in your car…”
“Thanks…”