Pages

Sunday, March 18, 2012

Yui - Life (eng sub)

In the familiar, dirty city

We walked with our heads down, 

Unable to laugh in the same way
People hurry pass
"Has your dream come true?"
I'm still struggling



I'd rather try living well now than go back to when

I was a kid
Cowardice is being born



I went out to a place where the sun shine

And held out my arms
And thought
Could I cross the sky? 
I still can't see any wings to fly with
It's because it's not simple
That I can go on living



Just picking up a wet puppy

Made tears overflow
In a way that was funny

I want to be loved, I just want to be loved
I said, 
But you can't just long for something



When I was a kid there were days

When I hurt my mother terribly
I want to
Change everything now



I went out to a place where the sun shine and

Gripped tightly with my hands
I can smash that place, that time, 
And change my life



But there's no way I can tell you

Everything that's in my heart
It's because it's not simple
That I can go on living



I go out to a place where the sun shines

And open up a map, but
I know... you know... 
You can't help getting lost
I can change my life



All the days that have passed

Have made me who I am now
It's because it's not simple that
I can go on living


Thursday, January 19, 2012

Hope and Faith - Bab 2

“Tak apa ke kami tinggalkan cik muda sekarang?” soal Salmi.
“Mak cik… Jangan panggil saya cik muda. Mak cik hantar saya ke sini sebagai keluarga saya. Keluarga tak panggil sesiapa dengan panggilan cik muda. Lagipun, daddy tak ada dekat sini. Panggil je Elli.”
“Hah, Salmi… Dengar cakap si Elli ni… Lagipun abang pun dah anggap Elli ni anak abang…” sampuk Johari, suami Salmi.
“Ala, bang… Salmi dah terbiasa panggil dia cik muda dekat rumah. Sebab tu selalu tersasul… Abang takpelah, sebab abang driver Elli ni. Bukan Datuk Fauzi dengar pun kalau abang selalu panggil Elli dengan nama je. Tak macam saya, dekat rumah je…”
Elliyin hanya tersenyum melihat telatah Salmi dan Johari.
Sebaik sahaja minggu MMS tamat, Elliyin terus berpindah keluar dari asrama. Elliyin ni anti social, jadi dia tak mungkin dapat duduk sebilik dengan 3 lagi kaum hawa yang hanya tahu cakap blakang, tikam belakang, talam 8 bulan dan hipokrit.
“Huh, walaupun aku tak suka dekat bini baru bapak aku tu, tapi aku still boleh gunakan dia untuk buatkan aku tak payah, stay dekat hostel tu…. Betullah teori aku selama ni, walaupun tak suka kat sesiapa, tapi kalau boleh gunakan orang tu, gunakan dia sebaik mungkin… Hal peribadi tak boleh campur dengan hal… err… hal apa-apa sajalah….” Bebel Elliyin seorang diri dekat apartmen barunya.
HARI PERTAMA KELAS…
            Dengan memakai baju kebaya labuh berwarna hijau, dan cekak rambut berwarna putih kosong, juga tak dilupakan beg galas berwarna biru jenama Timbaland dan yang paling penting, headphone yang setia melekap di telinga, Elliyin melangkah masuk ke dalam kelas. Satu kelas memandang ke arah dia.
            Elliyin buat tak nampak dan terus melangkah masuk ke dalam kelas dan duduk di kerusi yang jauh dari mana-mana pelajar perempuan.
            “Tulah budak bilik aku yang tetiba keluar bilik lepas habis MMS. Aku ingat dia dah berambus balik. Dah lah tak bertegur langsung dengan sesiapa... Sombong tak memasal...”
            Elliyin dapat mendengar suara-suara yang berbisik mengumpat pasal dia. Elliyin menghentak meja.
            “Tak puas hati kat sesiapa, cakap sajalah. Tak payah buat dosa dok mengumpat. Panas kot kelas ni sebab jadi tempat pengumpulan dosa.”
            Semua memandang Elliyin dengan muka tak puas hati. Tak lama kemudian, sekumpulan budak lelaki memasuki kelas. Seorang budak perempuan datang menghampiri Elliyin.
            “Apa kata duduk dengan kamiorang. Sini tempat duduk budak lelaki.”
            Elliyin menongkat dagu memandang budak perempuan tu. Kad matrik sementara dia menunjukkan dia bernama Putrie Lea Jasmine.
            “Aku tak nampak nama sesiapa dekat sini dan aku tak nak duduk dengan korang,” Elliyin terus menaikkan volume iPod dia dan mereka yang dekat dengan dia dapat mendengar lagu ‘Haunted’ dari Evanescence dari headphone Elliyin.
            Kemudian pensyarah pula masuk dan Lea duduk di tempat dia semula. Seorang budak lelaki menarik kerusi di sebelahnya. Jantung Elliyin terus berdegup rancak. Bukan sebab dia suka kat lelaki kat sebelah dia, malah Elliyin tak tahu pun siapa duduk sebelah dia. Sebab dia jadi macam tu... Sebab Elliyin takutkan lelaki!!!! Dulupun si Kamarul tu jadi teman lelaki dia sebab Sheila yang menyatukan mereka berdua.
            Aku... Aku patut letak beg aku dekat kerusi sebelah aku ni...
          Sebaik saja kelas tamat, Elliyin terus berlari keluar kelas. Sepasang mata di sebalik kaca mata hanya memandang dia. Disebabkan hari ini hanya ada satu kelas sahaja dan Elliyin ada aktiviti kokurikulum petang nanti, Elliyin terus memecut kereta Lamborghini Diablo SV milik arwah abangnya pulang ke rumah. Kereta Lotus 150 miliknya ditinggalkan di rumahnya di Johor.
            “Wei, Sky! Kau tengok apa tu? Jomlah lepak pergi makan.”
       Sky memandang rakannya, Joe yang dah buat muka kelaparan. Hish! Mamat ni memanglah. Dari sekolah menengah lagi kuat makan.
            “Wei, sekarang baru pukul 10. Bukan tadi sebelum masuk kelas kau dah baham Zinger Tower Burger yang aku tapau untuk kau ke?”
            “Ala, perut aku lapar baliklah. Jom ar teman aku makan...”
            “Malas, aku nak balik rumah.”
       Sky dan Joe adalah pelajar part 2 semester ni tapi sekarang ni mereka terpaksa mengulang satu subjek sebab ada kes kecemasan yang berlaku semasa paper akhir untuk subjek yang mereka berdua ulang sekarang, dan mereka tak mengambil langsung paper tersebut pada hari itu...
         Ianya disebabkan ayah Joe meninggal dunia pada hari tersebut dan Sky yang menghantar Joe balik ke rumahnya di Perlis pada hari peperiksaan mereka. Nasib baik mereka sudah menjelaskan pada unit peperiksaan, dan ianya tidak beri effect pada CGPA mereka berdua.
            “Weh!!!!” Joe meletakkan tangannya di atas bahu Sky.
            “Pehal kau pandang minah headphone tu semacam je?” soal Joe.
            “Minah headphone ne?”
          “Saphuan Khairil Yusouff.... Kau jangan buat-buat tak tahu pula ye? Minah headphone yang pakai baju kebaya hijau, yang duduk sebelah kau tadi...”
            Sky memandang rakannya yang dikenali sejak di sekolah Alam Shah dulu.
            “Sibuklah kau Joe. Aku tak pandang dialah. Aku berangan je tadi.”
            “Yeke? Well, pelik ni. Sky yang terkenal dengan sikap fobia pada perempuan... Duduk di sebelah seorang perempuan. Lepas tu tenung semacam kat perempuan tu. Ada apa-apa ke dude?”
            Sky berdehem dan menurunkan lengan kawannya yang berada atas bahunya dan terus berjalan ke motor Kawasaki ER-6F miliknya lalu segera menghidupkan enjin motosikalnya dan terus memecut keluar dari kawasan kampus UiTM Shah Alam.
            “E’eleh mamat ni. Nak berahsia pula dengan aku. Okey, tengoklah berapa lama kau nak berahsia dengan aku.”

Monday, January 16, 2012

Hope and Faith - Bab 1

             Aku dekat mana ni?
            Elliyin memandang sekelilingnya. Di depan matanya ada sebuah padang yang luas. Angin petang yang bertiup agak kencang amat menyenangkan hati Elliyin. Dia sangat menggemari angin petang yang begini.
            Kelihatan sepasang kanak-kanak sedang bermain layang-layang dengan gembiranya.
            “Ceh, apa yang gembira sangat tu?” Elliyin mencebik.
           Sememangnya dia tak menyukai kanak-kanak. Mereka hanya tahu buat bising, menangis dan ketawa sesuka hati. Sangat melecehkan dan merimaskan. Layang-layang yang kanak-kanak tersebut bermain jatuh di hadapan Elliyin. Elliyin mengambil layang-layang tersebut dan matanya terbeliak.
            Di atas layang-layang itu ada tertulis nama ‘Izwan dan Elliyin’. Elliyin tergamam dan segera memandang kedua-dua kanak-kanak tadi yang sudah berada di hadapannya. Elliyin bertambah terkejut melihat wajah kedua-dua kanak-kanak tersebut.
            “Kak, boleh pulangkan layang-layang kami?” minta budak lelaki tersebut.
     Elliyin menyerah layang-layang tersebut kepada mereka berdua. Mereka berdua mengucapkan terima kasih dan tersenyum girang.
            “Abang, kali ni Elli pula ye terbangkan layang-layang ni?!”
            “Okey! Bagi naik tinggi ye Elli?”
        Elliyin hanya memerhatikan ‘dirinya’ dan ‘diri Izwan’ ketika kecil yang sedang ketawa dengan gembira.
            “Apa makna semua ni? Aku kat mana sebenarnya ni?”
            “Bila agaknya abang boleh lihat lagi senyuman Elli yang macam itu.”
            Elliyin memandang belah kanannya. Izwan sedang berdiri di situ sambil memandang ke arah diri mereka berdua ketika kecil.
            “Abang!!!!” Elliyin segera memeluk abangnya.
            Izwan membalas pelukan adiknya, tapi kemudian dia menjarakkan pelukan mereka tapi kali ini kedua-dua tangannya memegang wajah adiknya.

            “Abang… bawa Elli bersama abang… Elli tak boleh hidup tanpa abang… Elli tak dapat tahan…”
            Izwan mengesat air mata adiknya sambil menggelengkan kepalanya.
          “Abang tak boleh bawa Elli… Tapi abang tak nak Elli jadi macam ni. Elli kena tabah, demi abang… Abang nak Elli teruskan hidup demi masa depan… Abang pernah cakapkan, pasti ada masa depan yang bahagia untuk Elli…”
            “Abang… Abanglah masa depan Elli! Kebahagian Elli!”
         “Abang dah tak boleh temani Elli lagi, tapi Elli kena selalu ingat, abang sentiasa sayangkan Elli dan abang tak nak Elli terseksa macam ni. Suatu hari nanti, pasti akan muncul seseorang yang akan bahagiakan Elli dan dia akan jadi masa depan Elli. Orang tu pasti dapat buatkan Elli tersenyum semula seperti masa dulu…”
           “Tak nak… Elli hanya nak abang… Abang bawalah Elli bersama abang…” Elliyin semakin kuat menangis.
            Izwan hanya diam memandang wajah Elli yang sudah sembab sebab banyak menangis. Perlahan-lahan Izwan melepas tangannya dari wajah Elli dan semakin menjauhi Elli.
            “Abang? Abang!!! Jangan tinggalkan Elli seorang diri!!!!”
            Izwan terus menjauh dan menghilang perlahan-lahan dari pandangan mata Elliyin.
Elliyin membuka matanya… Sekarang pandangan matanya tertumpu pada konkrit berwarna putih. Elliyin dapat merasakan air matanya deras mengalir dan tangannya memegang sesuatu yang hangat. Elliyin memandang tangannya yang sedang memegang tangan seseorang. Elliyin pantas memandang wajah tuan tangan yang dipegangnya.
Seorang lelaki yang mempunyai anak mata berwarna biru dan memakai kaca mata sedang memandangnya dan dia macam nak cakap sesuatu. Elliyin cepat-cepat melepaskan genggaman tangannya. Dia menunduk…
“Cik… Tak apa-apa kan?” soal lelaki itu.
Elliyin hanya menggelengkan kepala.
“Well, cik dah boleh keluar dari wad ni sebab cik dah sedar. Nak saya hantarkan cik balik?”
“No, I just take my car…”
“Tapi kereta cik masih dekat tepi jalan. Saya bawa cik ke sini dengan kereta saya. Nak saya telefon trak tunda ke?”
“It okey… I just call my driver…”
Lelaki itu menghulurkan telefon bimbitnya.
“Just use my phone. I’m think your belonging is still in your car…”
“Thanks…”

Friday, January 13, 2012

Hope and Faith - Prolog

   Sejak bila aku mula berhenti percaya pada cinta sejati? Sejak bila aku mula membencimereka yang bercinta? Sejak bila aku berhenti berharap pada kebahagian? Sejak bila ini semua bermula?
*                       *                       *                       *                       *                       *
Sudah seminggu abang meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat dilanggar lari oleh sebuah kereta.
“Huh… Makin sunyilah rumah ni…” Elliyin mengeluh lemah…
Gadis bermata sayu itu memandang ke luar tingkap biliknya. Awan agak mendung menandakan mungkin akan hujan sebentar nanti ataupun hanya mendung semata-mata. Elliyin mencapai kunci keretanya dan segera keluar dari biliknya.
“Cik muda Elli nak keluar ke?” soal Salmi, ketua pembantu rumahnya.
“Ehm, saya nak pergi ke rumah Kak Emi… Awak tak payahlah sediakan makan malam…”
“Baik… Berhati-hati ye cik muda…”
Elliyin mencebik lemah… Segala-galanya lemah bagi dia.
“Jangan panggil saya cik muda!” Elliyin terus keluar rumah.
Salmi hanya tersenyum hambar. Dia sudah lama berkhidmat di rumah besar ni. Ketika itu Elliyin baru berusia 2 tahun ketika dia berkerja di sini. Elliyin memang tak suka dipanggil ‘cik muda’, begitu juga dengan arwah tuan muda Izwan, abang Elliyin.. tapi dia tak berani memanggil nama majikan dia begitu saja, nanti Datuk Fauzi akan memarahinya kalau dia mendapat tahu.
Berbeza sungguh perangai anak-anak Datuk Fauzi dengan Datuk Fauzi sendiri. Anak-anaknya begitu merendah diri manakala Datuk Fauzi pula begitu meninggi diri. Kesian Elliyin, sudahlah kematian ibu ketika masih kecil, Datuk Fauzi pula sibuk saja dengan kerja dan telah berkahwin dengan wanita lain yang tak pedulikan pun kewujudan anak-anak tirinya. Hanya Izwan sajalah yang menjadi ibu dan bapa kepada Elliyin.
Malah ketika hari pengkebumian Izwan, Datuk Fauzi dan isterinya, Datin Maria hanya balik sekejap kemudian mereka ke luar negara semula.
Elliyin memandu keretanya menuju ke rumah Emilina, tunang abangnya. Di dalam fikirannya, tentu Kak Emi sedang bersedih sekarang dan sedang mengurung diri dalam biliknya sebab sudah seminggu dia tak mendengar khabar dari wanita tersebut.
Elliyin menapak lemah ke arah lif untuk naik ke apartment Emilina. Dia terpaku sekejap melihat ada sepasang kasut lelaki di luar apartment Emilina. Baru sahaja dia nak mengetuk pintu, dia terdengar suara Emilina.
“Huh… Mati pula ‘lombong emas’ aku tu… Malang betul aku, baru nak merasa hidup senang dengan kahwin dengan mamat kaya tu…” dahi Elliyin berkerut mendengar suara Emilina berkata demekian.
“Relax ar Baby… Kalau Baby setuju, apa kata Lan pergi pikat adik si Izwan tu. Boleh kaya juga kita berdua lepas ni…”
“Bijak juga Lan ni kan? Baby setuju… Tapi macam lambat saja Lan nak kahwin dengan budak tu pasal dia tak habis belajar lagi…”
Elliyin tak sanggup mendengar perbualan yang seterusnya. Dia terus berlalu dan memandu kereta dengan laju menuju ke rumah kawan baiknya. Guruh berdentum dengan kuat dan kilat memancar dengan kuatnya ketika ini. Elliyin yang takut dengan bunyi guruh dan kilat menggenggam erat sterring keretanya.
Sebaik sahaja sampai di rumah kawannya, Elliyin mengetuk pintu rumah kawannya bertalu-talu. Pintu dibuka dan Sheila yang memakai jubah mandi terkejut melihat Elliyin di muka pintu rumahnya. Wajah Sheila agak berpeluh dan dia kelihatan agak penat.
“Elli…”
“Sheila aku…”
“Sayang… Siapa tu?”
Elliyin segera memandang lelaki yang berdiri di belakang Sheila. Lelaki tersebut hanya bertuala dan badannya juga berpeluh.
“Kamarul??!” Elliyin tergamam tak terkata.
“Elli?!!!” Kamarul juga terkejut.
Elliyin mengundur ke belakang beberapa langkah. Tangannya sudah menekup mulutnya dan air matanya deras mengalir dengan laju. Kamarul adalah teman lelakinya… Jadi apa dia buat dalam rumah Sheila, kawan baiknya. Elliyin terus berlari masuk ke dalam keretanya dan memecut laju. Dia tak boleh terima semua ni.
Hujan mula turun dengan lebatnya. Elliyin mengberhentikan keretanya di suatu kawasan yang lapang dan dia segera keluar dari kereta. Elliyin menangis dengan teruknya dan air hujan ‘menutupi’ segala air matanya.
“Abang!!! Bawa Elli bersama abang!!!” jerit Elliyin.
Tolong… Sesiapa tolong aku sekarang ni… Selamatkan aku… Tolong…
Sebuah kereta berhenti di belakang kereta Elliyin. Pemandunya keluar dari kereta sambil membawa payung…
“Cik… Cik tak apa-apa ke?”
Elliyin yang sudah terduduk ketika itu, mendongak memandang wajah lelaki yang sedang memayunginya. Pandangan Elliyin menjadi kabur dan akhirnya Elliyin pengsan.
“Cik?!!!”
\
I'm standin' on the bridge
I'm waitin' in the dark
I thought that you'd be here by now
There's nothing but the rain
No footsteps on the ground
I'm listening but there's no sound

Isn't anyone tryin' to find me?
Won't somebody come take me home?
It's a damn cold night
I'm tryin' to figure out this life
Won't you take me by the hand?
Take me somewhere new
I don't know who you are
But I'm, I'm with you
I'm with you
Hmm hmm hmm

I'm looking for a place
I'm searching for a face
Is anybody here I know?
'Cause nothing's going right
And everything's a mess
And no one likes to be alone

Isn't anyone tryin' to find me?
Won't somebody come take me home?
It's a damn cold night
I try to figure out this life
Won't you take me by the hand?
Take me somewhere new
I don't know who you are
But I'm, I'm with you
I'm with you
Yea yea

Oh, why is everything so confusing?
Maybe I'm just out of my mind
Yea eee yeah, yea eee yeah
Yea yee yea, yea eee yeah,yeah

It's a damn cold night
Tryin' to figure out this life
Won't you take me by the hand?
Take me somewhere new
I don't know who you are
But I'm, I'm with you, yea
I'm with you, yea

Take me by the hand
Take me somewhere new
I don't know who you are
But I'm, I'm with you, yea
I'm with you, yea

Take me by the hand
Take me somewhere new
I don't know who you are
But I'm, I'm with you, oh
I'm with you
I'm with you

** well, as penulis, ni prolog citer aku...akan aku smbung later.. so...wait ok... ^.~