Pages

Friday, January 13, 2012

Hope and Faith - Prolog

   Sejak bila aku mula berhenti percaya pada cinta sejati? Sejak bila aku mula membencimereka yang bercinta? Sejak bila aku berhenti berharap pada kebahagian? Sejak bila ini semua bermula?
*                       *                       *                       *                       *                       *
Sudah seminggu abang meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat dilanggar lari oleh sebuah kereta.
“Huh… Makin sunyilah rumah ni…” Elliyin mengeluh lemah…
Gadis bermata sayu itu memandang ke luar tingkap biliknya. Awan agak mendung menandakan mungkin akan hujan sebentar nanti ataupun hanya mendung semata-mata. Elliyin mencapai kunci keretanya dan segera keluar dari biliknya.
“Cik muda Elli nak keluar ke?” soal Salmi, ketua pembantu rumahnya.
“Ehm, saya nak pergi ke rumah Kak Emi… Awak tak payahlah sediakan makan malam…”
“Baik… Berhati-hati ye cik muda…”
Elliyin mencebik lemah… Segala-galanya lemah bagi dia.
“Jangan panggil saya cik muda!” Elliyin terus keluar rumah.
Salmi hanya tersenyum hambar. Dia sudah lama berkhidmat di rumah besar ni. Ketika itu Elliyin baru berusia 2 tahun ketika dia berkerja di sini. Elliyin memang tak suka dipanggil ‘cik muda’, begitu juga dengan arwah tuan muda Izwan, abang Elliyin.. tapi dia tak berani memanggil nama majikan dia begitu saja, nanti Datuk Fauzi akan memarahinya kalau dia mendapat tahu.
Berbeza sungguh perangai anak-anak Datuk Fauzi dengan Datuk Fauzi sendiri. Anak-anaknya begitu merendah diri manakala Datuk Fauzi pula begitu meninggi diri. Kesian Elliyin, sudahlah kematian ibu ketika masih kecil, Datuk Fauzi pula sibuk saja dengan kerja dan telah berkahwin dengan wanita lain yang tak pedulikan pun kewujudan anak-anak tirinya. Hanya Izwan sajalah yang menjadi ibu dan bapa kepada Elliyin.
Malah ketika hari pengkebumian Izwan, Datuk Fauzi dan isterinya, Datin Maria hanya balik sekejap kemudian mereka ke luar negara semula.
Elliyin memandu keretanya menuju ke rumah Emilina, tunang abangnya. Di dalam fikirannya, tentu Kak Emi sedang bersedih sekarang dan sedang mengurung diri dalam biliknya sebab sudah seminggu dia tak mendengar khabar dari wanita tersebut.
Elliyin menapak lemah ke arah lif untuk naik ke apartment Emilina. Dia terpaku sekejap melihat ada sepasang kasut lelaki di luar apartment Emilina. Baru sahaja dia nak mengetuk pintu, dia terdengar suara Emilina.
“Huh… Mati pula ‘lombong emas’ aku tu… Malang betul aku, baru nak merasa hidup senang dengan kahwin dengan mamat kaya tu…” dahi Elliyin berkerut mendengar suara Emilina berkata demekian.
“Relax ar Baby… Kalau Baby setuju, apa kata Lan pergi pikat adik si Izwan tu. Boleh kaya juga kita berdua lepas ni…”
“Bijak juga Lan ni kan? Baby setuju… Tapi macam lambat saja Lan nak kahwin dengan budak tu pasal dia tak habis belajar lagi…”
Elliyin tak sanggup mendengar perbualan yang seterusnya. Dia terus berlalu dan memandu kereta dengan laju menuju ke rumah kawan baiknya. Guruh berdentum dengan kuat dan kilat memancar dengan kuatnya ketika ini. Elliyin yang takut dengan bunyi guruh dan kilat menggenggam erat sterring keretanya.
Sebaik sahaja sampai di rumah kawannya, Elliyin mengetuk pintu rumah kawannya bertalu-talu. Pintu dibuka dan Sheila yang memakai jubah mandi terkejut melihat Elliyin di muka pintu rumahnya. Wajah Sheila agak berpeluh dan dia kelihatan agak penat.
“Elli…”
“Sheila aku…”
“Sayang… Siapa tu?”
Elliyin segera memandang lelaki yang berdiri di belakang Sheila. Lelaki tersebut hanya bertuala dan badannya juga berpeluh.
“Kamarul??!” Elliyin tergamam tak terkata.
“Elli?!!!” Kamarul juga terkejut.
Elliyin mengundur ke belakang beberapa langkah. Tangannya sudah menekup mulutnya dan air matanya deras mengalir dengan laju. Kamarul adalah teman lelakinya… Jadi apa dia buat dalam rumah Sheila, kawan baiknya. Elliyin terus berlari masuk ke dalam keretanya dan memecut laju. Dia tak boleh terima semua ni.
Hujan mula turun dengan lebatnya. Elliyin mengberhentikan keretanya di suatu kawasan yang lapang dan dia segera keluar dari kereta. Elliyin menangis dengan teruknya dan air hujan ‘menutupi’ segala air matanya.
“Abang!!! Bawa Elli bersama abang!!!” jerit Elliyin.
Tolong… Sesiapa tolong aku sekarang ni… Selamatkan aku… Tolong…
Sebuah kereta berhenti di belakang kereta Elliyin. Pemandunya keluar dari kereta sambil membawa payung…
“Cik… Cik tak apa-apa ke?”
Elliyin yang sudah terduduk ketika itu, mendongak memandang wajah lelaki yang sedang memayunginya. Pandangan Elliyin menjadi kabur dan akhirnya Elliyin pengsan.
“Cik?!!!”
\
I'm standin' on the bridge
I'm waitin' in the dark
I thought that you'd be here by now
There's nothing but the rain
No footsteps on the ground
I'm listening but there's no sound

Isn't anyone tryin' to find me?
Won't somebody come take me home?
It's a damn cold night
I'm tryin' to figure out this life
Won't you take me by the hand?
Take me somewhere new
I don't know who you are
But I'm, I'm with you
I'm with you
Hmm hmm hmm

I'm looking for a place
I'm searching for a face
Is anybody here I know?
'Cause nothing's going right
And everything's a mess
And no one likes to be alone

Isn't anyone tryin' to find me?
Won't somebody come take me home?
It's a damn cold night
I try to figure out this life
Won't you take me by the hand?
Take me somewhere new
I don't know who you are
But I'm, I'm with you
I'm with you
Yea yea

Oh, why is everything so confusing?
Maybe I'm just out of my mind
Yea eee yeah, yea eee yeah
Yea yee yea, yea eee yeah,yeah

It's a damn cold night
Tryin' to figure out this life
Won't you take me by the hand?
Take me somewhere new
I don't know who you are
But I'm, I'm with you, yea
I'm with you, yea

Take me by the hand
Take me somewhere new
I don't know who you are
But I'm, I'm with you, yea
I'm with you, yea

Take me by the hand
Take me somewhere new
I don't know who you are
But I'm, I'm with you, oh
I'm with you
I'm with you

** well, as penulis, ni prolog citer aku...akan aku smbung later.. so...wait ok... ^.~

0 comments:

Post a Comment